

Pada tahun 1922, ahli fizik
Banyak kajian dan eksperimen yang membuktikan berlakunya letupan besar (Big Bang). Antaranya adalah penemuan Cosmic Background Radiation pada tahun 1956 oleh Arno Penzias dan Robert Wilson yakni tenaga yang terbebas hasil daripada letupan. Secara logik, setiap letupan yang blaku akan disertai dengan pembebasan tenaga samada radiasi, haba atau bunyi. Teori ini dibuktikan melalui penemuan sejumlah tenaga radiasi yang terdapat di angkasa yang mana mempunyai kadar yang tetap dan tepat berdasarkan pengiraan matematik. Nah! Sekarang terbuktilah bahawa alam semesta ini terhasil akibat letupan besar (Big Bang) yang telah dilakukan dengan mudah oleh Allah S.W.T. Benarlah bahawa alam semesta ini diciptakan dan bukannya wujud dengan sendirinya. Di dalam Al-Quran turut dijelaskan perihal kejadian alam semesta akibat daripada letupan yang besar, perihal alamini sedang berkembang dan pelbagai bukti yang menunjukkan kehebatan Allah dalam mencipta alam semesta.
‘’Dan apakah orang2 kafir tidak mengetahui bahawa di langit dan bumi dahulu keduanya menyatu, kemudian kami pisahkan antara keduanya dan kami jadikan segala sesuatu yang hidup berasal dari air. Maka mengapa mereka tidak beriman?’’
Surah Al-Anbiya’ : 30
‘’ Dan langit Kami bangunkan dengan kekuasaan Kami, dan Kami benar2 meluaskannya( mengembangkannya ) ‘’
Surah Az-zariyat : 47
Terbuktilah bahawa wahyu Allah yang turun 1400 tahun dahulu merupakan penjelasan yang benar dan tidak dusta.Al-Quran itu benar dan tiada kepalsuan. Hakikatnya, Sains pada hari ini telah membuktikan kewujudan tuhan dan membawa kita untuk lebih mendekatiNya khususnya sebagai hamba kepada yang Maha Pencipta. Sedarlah kalian sekalian bahawa agama Islam itu adalah agama yang benar dan merupakan cara hidup yang terbaik. Beruntunglah bagi mereka yang mengabdikan diri padaNya

